KOTA KINABALU: Portal Sabahkini2 bakal berdepan tindakan undang-undang berhubung berita fitnah mengaitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang ditularkan baru-baru ini.

Menurut Ewon, beliau telah mendapatkan khidmat guaman untuk tindakan saman dan proses seterusnya terhadap portal tersebut serta penyebar-penyebar fitnah di Facebook dan Whatsapp.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing pagi tadi, susulan dakwaan ditularkan dalam Sabahkini2 yang menggambarkan beliau seolah-olah terlibat rasuah dalam pelantikan kontrak penyelenggaraan Jalan Kebidahan dan Associated Roads, Kota Belud.

“Tulisan tersebut berniat jahat serta menjejaskan kredibiliti sebagai ADUN Kadamaian dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

“Saya telah meminta pihak PDRM dan semua agensi untuk membuat siasatan sepenuhnya termasuk kepada penyebar-penyebar fitnah ini,” kata Ewon.




By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *